Motorhome dan campervan di Malaysia

Motorhome dan campervan di Malaysia

Harga Motorhome dan campervan bedasarkan jenis kenderaan
Cam Caravan 2.8L 4WD 2018 

Harga Motorhome dan campervan Di Malaysia

Recreational Vehicle (RV) semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia
ini mungkin disebabkan oleh harga yang semakin mampu milik & mudah didapati

Ditambah pula dengan Musim PKP dan sekatan ke Luar negara,
Ramai traveller telah mengambil langkah untuk merantau di negara sendiri menggunakan motorhome atau campervan

Karysma motorhome shah alam

Jenis jenis Recreational Vehicle (RV)


RV terbahagi kepada beberapa jenis pada umumnya Campercar, Campervan, Campertruck, Camperlorry ,
camperbus motorhome & Caravan
Camper van dan Caravan ialah kenderaan yang belainan ye!
Saya akan jelaskan secara lebih terperinci:-


Campercar iaitu kereta biasa yang di convert bahagian belakang menjadi katil (Sofa bed) , tambahan compartment untuk menyimpan barang, 
biasanya di tambah kipas / vent fan, bateri portable, Tangki Air, 
kadang2 ada juga yang boleh muat portable toilet di dalamnmya!

camper car caravan Harga motorhome dan campervan di malaysia


Campervan yang lebih luas menggunakan Van persendirian contohnya
Toyota HiAce, Nissan serena , atau pun High roof campervan seperti
Maxus V80, Iveco, Ford Transit, mercedes Sprinter dll
Camper van boleh dimiliki dengan dua cara iaitu beli van di Malaysia Dan ubahsuai
bahagian belakang, Atau terus beli / import campervan japan iaitu original production sebagai sebuah motorhome, 
biasa nya kelulusan jpj untuk campervan jepun lebih mudah di approve kan kerana setiap aspek keselamatan dan pemanduan telah dikaji secara lebih teliti oleh pakar automotif jepun,
contohnya passenger seat capacity, weight distribution, Wheel base, Ventilation system, water system, Electrical dan electronic component

Harga motorhome dan campervan di malaysia nissan nv200 campervan
nissan nv200 campervan

Anggaran harga Bagi Campervan yang belum ubahsuai (Boleh di cari di used car dealer atau mudah.my )

Nissan vannette RM8k – RM12k
Toyota hiace RM20k – RM80k
Ford Transit RM20k – RM45k
Iveco Ambulan RM35k – RM45k
Maxus Ambulan RM35k – RM45k
Mercedes Sprinter RM80k – RM290k

Ubahsuai cabin insulation, kerja kayu, paint, sofabed, 
ventilation system , water system,
wiring, bateri system dll
Anggaran RM10k – 50k

Anggaran harga Bagi Campervan Original Camper Japan
Toyota hiace hi roof camper tahun 2000 RM65k
Nissan caravan camper tahun 2003 RM65k

Campertruck Motorhome dari chasis 4×4 seperti Cam Caravan Malaysia,
(Toyota hilux dan Ford ranger masih dalam perancangan,
buat masa ini hanya available di Thailand)

Harga motorhome dan campervan di malaysia
Cam Caravan 2018 (Plutus) 4wd


Anggaran Harga bagi CAM Caravan 2.8 Diesel (M) (Dah siap Convert Motorhome)
juga dikenali sebagai Huanghai Plutus- Pick up truck chassis
Cam caravan New Unit RM207k
Cam Caravan 4wd 2018  RM175k
Cam Caravan 4wd 2016 RM165k
Cam Caravan 2wd 2016 RM155k
Cam Caravan 2wd 2014 RM138k

Bagi yang ingin mencari Motorhome dengan bayaran Loan Bank (hire purchase)
Boleh lah memilih Cam Caravan kerana tahun keluaran nya adalah tak lebih 10 tahun

CamperBus menjadi pilihan keluarga yang lebih besar kerana lebih panjang,
Contohnya seperti Toyota Coaster, Nissan Civillian dari japan yang original status motorhome
Anggaran harga RM120k hinggan RM180k bergantung pada tahun keluaran dan mileage,
sebaiknya memeriksa dulu auction sheet dari japan auction supaya dapat tahu dengan lebih tepat
berkenaan mileage original semasa auction, Auction Gred, dan lain2

Untuk Camperbus yang melebihi 3500kg perlukan pemandu untuk memiliki lesen E

This image has an empty alt attribute; its file name is harga-camperbus-Toyota-Coaster-Motorhome.jpg
Toyota coaster japan original motorhome



Camperlorry atau Motorhome yang dibina Cabin di atas Chassis lorry
seperti Toyota Dyna Atau Isuzu Elf Menjadi Motorhome yang Luas
Contohnya Toyota Camroad, Volkswagen Royale,Isuzu Fargo,

This image has an empty alt attribute; its file name is Toyota-Camroad-Dyna-ToyoAce-Motorhome-2.8L-4WD-A-shah-alam-1-1024x576.jpg


Anggaran harga bagi Camper lorry Motorhome ini dalam lingkungan
Keluaran tahun 1995 RM70k – RM90k
keluaran tahun 1998 RM90k – RM110 k
Keluaran tahun 2000 RM120k – RM140k
Keluaran tahun 2003 RM130k – RM150k
Keluaran Tahun 2006 RM150k – RM200k
Keluaran tahun 2010 – 2020 (Boleh loan bank) RM300k – RM450k

Cara import motorhome dan campervan (camping car) dari Japan atau U.K

Akhir sekali ialah Caravan, ini ialah jenis RV yang ditunda oleh kenderaan 4wd atau SUV,
anda memerlukan kenderaan berkuasa tinggi sekurang – kurang nya 2200cc untuk menunda sebuah caravan,
Caravan dianggap sebagai jenis RV yang paling selesa & luas, seolah rumah sendiri,
Di luar negara memang ada ramai orang yang hidup di atas caravan
Cuma satu kelemahan nya ialah kita perlu kaji jalan mana yang kita nak harungi sebelum bertolak,
Ini kerana bukan semua jenis jalan boleh diharungi oleh caravan,
terutamanya lorong sempit, selekoh tajam & jalan yang berbukit,
untuk parking nya juga perlu perancangan awal yang teliti

Harga motorhome dan campervan di malaysia
Sebuah Caravan Ditunda oleh ford ranger 4wd

Layari Laman web partner kami iaitu Karysma motorhome disini

http://www.motorhomes.my

Senarai Website Motorhome Auction dan used car dealer
JPauc.com – Platform lelongan campervan/ motohome jepun
Ts-export.com – Marketplace bagi motorhome
Fujicars.jp – Car dealer, Used and new japan cars
Goo-net-exchange.com – 
Platform online senarai campervan dan motorhome
AutoTrader.co.uk – Platform online kereta terpakai dari UK



Comments

Popular posts from this blog

Motorhome Tour 2021 (Vantour)